Perkhidmatan Kami

Di Content Malaysia Pitching Centre, kami sentiasa bersedia untuk membantu golongan penerbit kreatif dan professional yang memerlukan bantuan dari segi perundangan, khidmat nasihat, dan semestinya bantuan pembiayaan.

  • Memastikan anda mampu menulis skrip terbaik dan sesuai dengan pelbagai jenis platform, dari video di tablet dan telefon pintar sehinggalah kepada layar perak.
  • Memastikan penerbit mendapat bantuan pembiayaan yang bersesuaian dengan jenis karya.
  • Memastikan golongan karyawan berpeluang menjalani program-program yang membantu memperkasakan kemahiran menguruskan perniagaan. Fokus latihan akan diberikan kepada pengurusan perniagaan, pengurusan projek, serta kemahiran pengurusan tenaga kerja.