Dasar Privasi

Privasi Anda

Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikongsikan oleh pengunjung.

Jika anda memilih membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif, seperti menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.

Maklumat Yang Dikumpul

Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.

Apa yang akan Berlaku jika Saya Membuat Pautan kepada Laman Web yang Lain?

Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman kami dan anda hendaklah maklum bahawa laman web yang terdapat dalam pautan laman web ini mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web.

Pindaan Dasar

Sekiranya dasar privasi ini berubah dalam apa-apa cara, ia akan dikemas kini di halaman ini. Dengan melayari halaman ini, anda akan dimaklumkan dengan maklumat baru, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, jika ada, maklumat itu dikongsikan dengan pihak lain.

Perlindungan Data

Teknologi terkini termasuk enkripsi data adalah digunakan untuk melindungi data yang diberikan oleh pengunjung dan proses ini mematuhi ciri  keselamatan yang diperlukan untuk menghalang sebarang akses yang tidak dibenarkan.

Keselamatan Storan

Untuk melindungi data peribadi anda, semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.