Mengenai Kami

Content Malaysia Pitching Centre adalah satu inisiatif yang ditubuhkan untuk membantu pembikin dan penerbit untuk menghasilkan karya yang baik dan mempunyai nilai-nilai hiburan yang memenuhi kehendak pasaran. Untuk mencapai matlamat ini, Malaysia seharusnya mempunyai barisan penulis skrip dan penerbit yang berkualiti serta setanding dengan karya diperingkat antarabangsa.

Bagi  membentuk dan melahirkan ramai penulis dan penerbit yang berkualiti serta mampu bersaing di peringkat antarabangsa, Content Malaysia Pitching Centre menyediakan pelbagai program seperti bengkel dan kelas pengukuhan modal insan, acara-acara komuniti dan industri, perkongsian idea dan akses kepada pasaran tempatan mahupun antarabangsa.

Matlamat kami adalah supaya industri kreatif negara diterajui oleh penulis-penulis skrip dan penerbit-penerbit yang terbaik bagi menghasilkan karya yang menarik dan menghiburkan, serta menepati kehendak pasaran.

Peranan Kami
  • Memastikan anda mampu menulis skrip terbaik dan sesuai dengan pelbagai jenis platform, dari video di tablet dan telefon pintar sehinggalah kepada layar perak.
  • Memastikan penerbit mendapat bantuan pembiayaan yang bersesuaian dengan jenis karya.
  • Memastikan golongan karyawan berpeluang menjalani program-program yang membantu memperkasakan kemahiran menguruskan perniagaan. Fokus latihan akan diberikan kepada pengurusan perniagaan, pengurusan projek, serta kemahiran pengurusan tenaga kerja.
TAGLINE

“Menyokong Generasi Baru Usahawan dan Penerbit Kandungan Digital”